Print

WARGA UTHM KOMUNITI MERIAHKAN FIESKOM 2015

123456

Batu Pahat: Fieskom Kokurikulum Mahasiswa (FIESKOM) 2015 anjuran Pusat Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), baru-baru ini memberi peluang pelajar mencungkil dan mengasah bakat kepimpinan.

                Program dua minggu itu membabitkan lebih 20 aktiviti berkonsepkan kemasyarakatan, sukan, seni dan budaya serta keusahawanan.

KETUA Jabatan Kesukarelawanan Pusat Kokurikulum, Dr Mohd Khir Mohd Nor, berkata FIESKOM 2015 adalah aktiviti kokurikulum bersepadu yang menggabungkan kesemua teras kokurikulum di UTHM.

                Beliau berkata, setiap aktiviti dirancang memeberi penekanan kepada prinsip ‘Daripada Pelajar kepada Pelajar untuk Pelajar’ agar semua memperoleh manfaat sama rata.

                “Program kali ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran insaniah bagi melahirkan graduan seimbang, holistic dan berciri keusahawanan seperti yang diinginkan dalam lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025.

Semangat patriotik

“Yang trurt menjadi focus adalah aspirasi perpaduan bangsa bertujuan membina semangat patriotic dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa selaras dengan tema penganjuran FIESKOM 2015 iaitu Kecemerlangan Kokurikulum Permangkin Resolusi Perpaduan,” katanya.

FIESKOM 2015 dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) dan berjaya menarik penyertaan warga kampus tetapi komuniti sekitar termasuk penduduk Orang Asli dari Kampung Sejagong, Sri Medan, Batu Pahat.

Antara aktiviti berkenaan ialah pertandingan kawad kaki badan beruniform, klinik tenpin boling dan golf, pertandingan taekwondo dan badminton, malam kebudayaan Concert4Heart, Perkampungan Ahli Sunnah Wal Jammah, program khidmat masyarakat, Konsert Univoice, Puisi Jalanan, The Adventures Race dan Kembara Sukarelawanan.

Fieskom 2015 turut dihangatkan dengan kemunculan pelakon Adi Putra selaku Penaung Pertubuhan Kebajikan Kanser Johor Bahru (Johor i-Care) yang hadir memeriahkan program Concert4Heart.

SUMBER: BERITA HARIAN 28 JANUARI 2016