Print

“TAEKWONDO FOR LADIES”

TAEKWONDO 2016

“TAEKWONDO FOR LADIES”

Kursus Taekwondp Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan “Taekwondo For Ladies”. Program yang hanya dikhususkan untuk perempuan sahaja, pada 14 Mei 2016 di Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, UTHM.

Kami juga telah menjemput jurulatih dari ITF UTHM untuk mengajar pergerakan asas Taekwondo. Objektif program kami adalah memberi pendedahan kepada ilmu asas seni pertahankan diri Taekwondo. Seperti yang kita tahu, pada masa kini telah banyak kes-kes yang tidak dingini sering berlaku dan kebanyakkannya kaum hawa yang menjadi mangsa dalam kes-kes tersebut. Dengan sifat keprihatinan kami inilah telah terlancarnya Program ‘Taekwondo For Ladies’. Program yang berlangsung selama satu hari ini dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 20 peserta perempuan, yang terdiri dari pelajar UTHM dan staf UTHM.

Antara pengisian yang diterapkan dalam program ini adalah, sambil-sambil mereka mempelajari teknik asas seni mempertahankan diri Taekwondo, Taekwondo ini juga dapat memupuk minat mereka untuk mengikuti Kelab Taekwondo tersebut dan dapat dijadikan sebagai aktiviti tambahan yang sihat kepada mereka.