Print

PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN FASILITI PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURUKULUM (PPUK)

PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN FASILITI PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURUKULUM (PPUK)

  1. Semua surat permohonan hendaklah dimajukan kepada Dekan PPUK.
  2. Permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya tujuh (7) hari dari tarikh penggunaan.
  3. Masa penggunaan fasiliti adalah daripada jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan hari pelepasan am. Penggunaan fasiliti pada hari Jumaat, Sabtu dan hari pelepasan am tertakluk kepada kelulusan Dekan PPUK.
  4. Pengguna perlu mengemukakan salinan surat permohonan yang telah diluluskan oleh Dekan PPUK sebagai bukti kebenaran menggunakan fasiliti pada tarikh tempahan.
  5. Pengguna hanya layak memohon satu (1) tarikh bagi setiap permohonan dan layak semula membuat permohonan baru selepas tarikh penggunaan fasiliti yang diluluskan berakhir. Pemohon tidak dibenarkan membuat permohonan secara pukal.
  6. Pengguna hendaklah memastikan keadaan fasiliti yang digunakan berada dalam keadaan bersih sebelum, semasa dan selepas digunakan.
  7. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman beralkohol dalam ruang tempahan fasiliti dan kawasan universiti.
  8. Pengguna perlu bekerjasama sepenuhnya dengan staf yang bertugas dan tidak menghalang staf daripada menjalankan tugas-tugas pemantauan.
  9. Kelulusan ke atas penggunaan ruang adalah tidak melibatkan kepada kebenaran penggunaan peralatan dalam premis fasiliti.
  10. Sebarang pembatalan tempahan perlu dimaklumkan kepada Pihak Pentadbiran PPUK tiga (3) hari sebelum tarikh hendak digunakan.
  11. Segala bentuk pelaksanaan aktiviti dalam premis perlu ada pemantauan seorang penyelaras yang terdiri daripada staf universiti.
  12. Pihak Pentadbiran PPUK berhak untuk membatalkan permohonan dengan serta-merta sekiranya terdapat permohonan yang dilakukan oleh Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti.
  13. Pihak Pentadbiran PPUK berhak membatalkan tempahan sekiranya berlaku pelanggaran peraturan seperti yang dinyatakan di atas.
Print

PERHATIAN!!!

PERHATIAN!!!blinking new

PELAJAR PERLU MENGAMBIL MAKLUM BERHUBUNG PERKARA DI BAWAH SEPERTI TERMAKTUB DALAM BUKU PANDUAN AKADEMIK (PROG. SARJANA MUDA DAN DIPLOMA) EDISI KEENAM MEI 2013 BAGI PERKARA-PERKARA BERIKUT :

BAHAGIAN IV - PERKARA 8 (6) M/S 20

PELAJAR TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENUKAR KURSUS DAN SEKSYEN BAGI KURSUS KOKURIKULUM

STUDENT ARE NOT ALLOWED TO CHANGE THE COURSE AND SECTION FOR CO-CURRICULAR COURSES

BAHAGIAN IV - PERKARA 9 (6) M/S 21

KURSUS KOKURIKULUM TIDAK DIBENARKAN TARIK DIRI