Print

OBJEKTIF PPUK

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

  • Menghasilkan pelajar holistik bercirikan keusahawanan yang seimbang dari aspek jasmani,
    emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).
  • Memastikan semua staf akademik mengaplikasikan 50% sesi pengajaran dan pembelajaran
    secara teradun dan multidisiplin kepada pelajar berasaskan aktiviti bersama komuniti.
  • Menyediakan persekitaran, fasiliti dan peralatan sokongan serta program pembangunan staf
    bagi memenuhi keperluan P&P, R&D, perundingan dan penerbitan.
  • Meningkatkan keberkesanan tadbir urus Pusat selaras dengan prosedur dan peraturan
    universiti.

OBJEKTIF KUALITI PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

  • Memastikan elemen kemahiran insaniah dilaksanakan dan dinilai dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran pada setiap semester.
  • Menyediakan persekitaran yang mesra guna untuk pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran bagi meningkatkan ciri keusahawanan dalam diri pelajar pada setiap semester.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 75% daripada kursus yang dijalankan melaksanakan aktiviti bersepadu bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan KI pada setiap semester.
  • Menyediakan reka bentuk dan pelaksanaan sesi pembelajaran secara teradun dan multidisiplin berasaskan aktiviti bersama komuniti bagi setiap kursus yang ditawarkan pada setiap semester.
  • Menilai hasil pembelajaran pelajar bagi setiap kursus yang ditawarkan berdasarkan PLO dan CLO pada akhir semester.
  • Memastikan pembangunan profesional staf memenuhi 7 hari keperluan jumlah jam latihan yang telah ditetapkan oleh universiti.