OBJEKTIF KOKURIKULUM

  1. Memastikan sekurang-kurangnya 90% pelajar yang mendaftar Kursus Kokurikulum Berkredit mendapat Gred A  bagi setiap kursus yang ditawarkan pada setiap semester.

 

  1. Memastikan 90% dari kursus-kursus Kokurikulum Berkredit menerapkan Kemahiran Insaniah, mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTs) serta melaksanakan aktiviti University Community Engagement (UCE) pada setiap semester

 

  1. Melaksanakan pemurnian dan penilaian silabus agar selari dengan keperluan industri dan teknologi terkini bagi semua kursus sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

 

  1. Meningkatkan kompetensi kesemua pengajar kokurikulum selari dengan keperluan kokurikulum semasa melalui latihan sekurang-kurangnya sekali setahun.