JABATAN KESUKARELAWANAN

OBJEKTIF

1. Memastikan sekurang-kurangnya 90% pelajar yang mendaftar Kursus Kokurikulum Berkredit Teras Kesukarelawanan mendapat Gred A bagi setiap kursus yang ditawarkan pada setiap semester.
2. Memastikan 90% dari kursus-kursus Kokurikulum Berkedit di bawah Teras Kesukarelawanan menerapkan Kemahiran Insaniah, mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) serta melaksanakan aktiviti University Community Engagement (UCE) pada setiap semester.
3. Melaksanakan pemurnian dan penilaian silibus agar selari dengan keperluan industri dan teknologi terkini bagi semua kursus sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.
4. Meningkatkan kompetensi kesemua pengajar kokurikulum selari dengan keperluan kokurikulum semasa melalui latihan sekurang-kurangnya sekali setahun.

KURSUS

Teras Kesukarelawanan
Palapes
Suksis
Sispa
Pengakap Kelanasiswa
Pertolongan Cemas
Relasis
Pandu Puteri Siswi
Siswa Siswi Koreksional (Siskor)
Pasukan Bomba Bantuan Institusi
Bulan Sabit Merah

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai kursus sila rujuk Buku Panduan Kokurikulum Berkredit PPUK atau klik Badan Beruniform UTHM.