Logo persatuan merupakan lambang yang menjadi identiti autoritatif, kewibawaan dan pengiktirafan persatuan. Logo ini hanya digunakan bagi urusan dan perlambangan rasmi persatuan.
Warna biru pada logo adalah tema warna pada logo rasmi PPUK. Warna ini melambangkan ketenangan dan ketelusan di antara ahli.
Warna putih pula melambangkan sebuah harapan agar persatuan ini dapat membawa manfaat kepada ahli-ahlinya.
Ikon buku pada logo dipilih sebagai lambang keilmuan dan kesarjanaan.
Tulisan GENERIC UTHM ditulis menggunakan huruf besar untuk memberi impak penegasan dan menggambarkan keutuhan persatuan dan kesatuan ahli.
Bentuk segi empat yang menempatkan tulisan dan ikon buku membawa maksud bahawa persatuan ini akan melindungi hak-hak ahlinya.