INFO PERSATUAN

Persatuan Pascasiswazah Pengajian Generik UTHM

SEJARAH PENUBUHAN

Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum UTHM mula menawarkan program pengajian generik di peringkat Ijazah Sarjana Falsafah (KLK) dan Ijazah Doktor Falsafah (PLK) pada semester 1 sesi akademik 2020/2021. Dengan penawaran program baharu ini, wujud keperluan untuk menubuhkan satu persatuan bagi mengumpulkan kesemua pelajar yang mendaftar program generik (KLK dan PLK).

Mesyuarat di peringkat Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum bertarikh 22 Oktober 2020 telah bersetuju dengan cadangan penubuhan persatuan ini dan usaha pengumpulan pelajar dimulakan. Akhirnya, Persatuan Pascasiswazah Pengajian Generik diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan Kali Ke-6 pada 17 Disember 2020.

Secara rasminya pada 31 Januari 2021, Persatuan Pascasiswazah Pengajian Generik mula berkuatkuasa sehinggalah ke hari ini.

LOGO

Logo persatuan merupakan lambang yang menjadi identiti autoritatif, kewibawaan dan pengiktirafan persatuan. Logo ini hanya digunakan bagi urusan dan perlambangan rasmi persatuan.

Warna biru pada logo adalah tema warna pada logo rasmi PPUK. Warna ini melambangkan ketenangan dan ketelusan di antara ahli.

Warna putih pula melambangkan sebuah harapan agar persatuan ini dapat membawa manfaat kepada ahli-ahlinya.

Ikon buku pada logo dipilih sebagai lambang keilmuan dan kesarjanaan.

Tulisan GENERIC UTHM ditulis menggunakan huruf besar untuk memberi impak penegasan dan menggambarkan keutuhan persatuan dan kesatuan ahli.

Bentuk segi empat yang menempatkan tulisan dan ikon buku membawa maksud bahawa persatuan ini akan melindungi hak-hak ahlinya.

CARTA ORGANISASI

LOGO

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Persatuan ini ditubuhkan bagi melaksanakan matlamat seperti yang berikut;

1. Medium jaringan sosial dan perhubungan di antara pelajar pascasiswazah pengajian generik UTHM.
2. Menjaga, melindungi dan menyuarakan hak, kebajikan serta kepentingan pelajar pascasiswazah pengajian generik UTHM.
3. Melaksanakan usaha dan program yang bersesuaian dan dapat memberi manfaat kepada pelajar pascasiswazah pengajian generik UTHM.
4. Menjadi badan pengantara di antara pihak pengurusan pusat pengajian dan universiti dengan pelajar pascasiswazah pengajian generik UTHM.

Matlamat ini adalah piagam, keutamaan dan perjuangan bagi persatuan ini.

KEAHLIAN

Keahlian bagi persatuan adalah terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di bawah program KLK dan PLK. Pendaftaran keahlian dibuka sepanjang tahun.