Program Sarjana Falsafah (KLK) dan Doktor Falsafah (PLK) yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Tinggi (JKPT) Bil. 4/2019 yang bersidang pada 8 Oktober 2019.
Visi
Menuju ke arah universiti bertaraf dunia dalam kejuruteraan, sains dan teknologi untuk pembangunan lestari.
Misi:
UTHM komited untuk mewujudkan dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan industri dan komuniti serta menyuburkan modal insan yang kreatif dan berinovasi berasaskan paradigma tauhid.
Falsafah Pendidikan
Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan.
Maklumat lanjut, sila hubungi: Prof. Madya Dr. Khairunesa Binti Isa (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) 07-4538412