KURSUS SARJANA MUDA
ASPIRASI NEGARA BANGSA
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini memfokuskan tentang asas pembentukan dan pembinaan negara bangsa Malaysia yang mencakupi elemen kenegaraan dan kedaulatan, sejarah interaksi etnik dan keunikan masyarakat Malaysia. Kursus ini turut membincangkan kerangka konsep perpaduan, negara, bangsa, negara bangsa, serta pendekatan Bangsa Malaysia Idaman yang berpaksikan kepada takrifan harian dan takrifan autoriti. Selain itu, kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang realiti semasa merangkumi sentimen kewilayahan dan keserantauan serta cabaran dalam konteks politik, ekonomi dan sosio-budaya dalam usaha membina sebuah negara bangsa acuan Malaysia yang harmoni dan inklusif. Penekanan turut diberikan kepada pengaruh dan kesan teknologi serta perubahan iklim terhadap aspirasi pembinaan negara bangsa, selari dengan agenda pembangunan lestari (SDG). Kursus ini akan memperkukuh pemahaman pelajar tentang aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara bangsa berdasarkan acuan tersendiri merangkumi lapan teras utama, iaitu Perlembagaan, Federalisme, Rukun Negara, Perpaduan dalam Kepelbagaian, Patriotisme dan Nasionalisme, Etos Nasional, Identiti Nasional dan Simbol Negara
KOD KURSUS
UQU12102
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia. Matlamat perbincangan ini adalah untuk meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional serta bangsa Malaysia. Kesan yang diharapkan adalah penghayatan ke atas etika dan peradaban dapat menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial yang digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, serta negara. Justeru, Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendalami kursus ini.
KOD KURSUS
UQU10702, UQU10802 (AERO)
KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini membincangkan konsep asas, proses pembentukan dan pembangunan Malaysia. Ia merangkumi Empayar Kesultanan Melayu Melaka, imperialisme dan kolonialisme, patriotisme dan nasionalisme serta seterusnya kemerdekaan dan penubuhan Malaysia. Selain itu, turut disentuh ialah perlembagaan dan sistem kerajaan Malaysia serta dasar-dasar utama pembangunan negara. Antara lain, peranan dan tanggungjawab warganegara yang berintegriti dan beretika juga ditekankan, selain kejayaan dan cabaran Malaysia.
KOD KURSUS
UQU10103
MALAYSIAN STUDIES AND CULTURE (INTERNATIONAL)
SINOPSIS KURSUS
This course provide students in basic understanding of Malaysia from various perspectives. Topics to be discussed include Malaysia in relation to its history and politic, constitution of Malaysia, system and administration structure of Malaysia, achievement and international affairs. In addition, students will also be exposed to the social community and solidarity, religion, cultural and heritage. Teaching and learning process through experiential learning, lecture and assignment enables students to acquire knowledge and appreciates the reality of life in Malaysia.
KOD KURSUS
UQU11802, UQU10303
INTEGRITI DAN ANTIRASUAH
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini merangkumi konsep asas rasuah termasuk nilai integriti, antirasuah, bentuk perlakuan rasuah, salah guna kuasa dalam aktiviti seharian dan organisasi serta kaedah pencegahan rasuah. Kes berkaitan rasuah juga dibincangkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk ‘pembelajaran berdasarkan pengalaman’ melalui aktiviti individu dan kumpulan. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat memahami amalan integriti, konsep rasuah, antirasuah dan salah guna kuasa serta pencegahan rasuah dalam masyarakat dan organisasi.
KOD KURSUS
UQU11202, UQU10903, UQU40203, UQU12002 (ANTARABANGSA)
